Peguam Syariah dengan Hampir 20 Tahun Pengalaman

Ibu pejabat firma terletak di lokasi strategik, di tengah-tengah pusat Bandar Baru Bangi, Selangor iaitu yang beralamat di No. 42-2-2A, Jalan Medan PB 2B, Pusat Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kami menawarkan khidmat professional Peguam Syariah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta beberapa negeri lain melalui rakan strategik kami dalam permasalahan Syariah termasuklah permohonan poligami, pengesahan talaq, penceraian, anggapan kematian, harta sepencarian, nafkah isteri, mut’ah, nafkah anak, hak jagaan anak, hibah, wasiat, perakuan pewarisan (sijil faraid), penguatkuasaan & pelaksanaan perintah, kes-kes jenayah Syariah, pengesahan perkahwinan di luar negara dan begitu juga khidmat konsultasi dan penyediaan dokumen bagi pengurusan harta orang Islam seperti hibah dan wasiat.

Sehingga kini, firma dan peguam-peguam kami telah dikenali sebagai firma dan peguam yang mengekalkan reputasi terbaik dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menawarkan kidmat kepakarannya kepada para pelanggan dan dalam berurusan dengan pelbagai pihak yang berkaitan dan berkepentingan.

Peguam Kami

Mostadza

Peguam

TUAN MOSTADZA BIN MD. HALIMI

  • Rakan Kongsi / Peguam Syarie
  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian, Universiti Malaya.
  • Diploma Lanjutan Pentadbiran Dan Kehakiman Islam (DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Mempunyai tauliah bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  • Pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2007.

Hafiz

Peguam

TUAN MOHD HAFIZ BIN HABIL

  • Rakan Kongsi / Peguam Syarie
  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian, Universiti Malaya.
  • Diploma Lanjutan Pentadbiran Dan Kehakiman Islam (DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Mempunyai tauliah bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2009

Fahmi

Peguam

TUAN MOHAMAD ZULFAHMI BIN YAAMAT

  • Rakan Kongsi / Peguam Syarie
  • Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan dengan Kepujian, Universiti Malaya
  • Mempunyai tauliah bagi Negeri Selangor, Perlis dan Kedah
  • Pengalaman beramal sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2013
Img 20250710 192141 798

Atika

Peguam

PUAN NURUL ATIKA BINTI ROSLI

  • Rakan Kongsi Bersekutu / Peguam Syarie
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Diploma Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DAIJ) UKM
  • Mempunyai tauliah bagi Wilayah Persekutuan, Negeri Selangor dan Negeri Pahang

Azizah

Peguam

PUAN NUR AZIZAH FAYYADHAH BINTI BAHARUDDIN

  • Rakan Kongsi Bersekutu / Peguam Syarie
  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang (Hukum) dengan kepujian, Universitas Islam Negeri Ar Raniry Banda Aceh
  • Diploma Lanjutan pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DAIJ), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Mempunyai tauliah bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor

ATHIRAH

Peguam

PUAN NURUL HIDAYATUL ATHITRAH BINTI HASMADI

  • Rakan Kongsi Bersekutu / Peguam Syarie
  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan Kepujian, Universiti Malaya
  • Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DAIJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Mempunyai tauliyah Wilayah Persekutuan

Izzati

Peguam

PUAN NURUL IZZATI BINTI JALAL

  • Rakan Kongsi Bersekutu / Peguam Syarie
  • Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang (Kepujian), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Diploma Amalan Kehakiman Dan Kepeguaman Syarie (DIJAP) USIM
  • Mempunyai tauliah bagi Wilayah Persekutuan, Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka